GELOMBANG sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) kekal panas dan bakal diterjemahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim yang bertanding atas tiket PN berkata, rata-rata rakyat menerima pemerintahan PN di Kedah di bawah naungan Menteri Besarnya, Datuk Seri Sanusi Mohamad Md. Nor.
“Sepanjang tempoh berkempen (untuk PRN 2023) ini, kita lihat rakyat menerima kita dan sambutan mereka sangat baik.
“‘Fenomena angkat tangan’ Sanusi ini di mana-mana pun mereka tahu, kita angkat tangan mereka pun angkat tangan sekali dan alhamdulillah rakyat dapat menerima.
“Gelombang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) masih ada, kebanyakan masyarakat yang kita jumpa mereka akan kata okay cikgu (Azhar) teruskan apa yang ada, kami sokong,” kata beliau.
Sementara itu, seorang pengunjung, Suzana Mat Saad, 38, pengundi di DUN tersebut berkata, dia akan turun mengundi PN pada PRN nanti.
“Insya-Allah saya akan mengundi PN kerana kita yakin dengan pemerintahan kerajaan negeri Kedah sekarang.
“Cikgu Azhar pun tidak berkira, nak minta tolong pun senang, mudah bagi kami sebagai orang kampung ni,” ujarnya.
Seorang lagi pengunjung, Ismail Din, 60, ketika ditemui HarakahDaily pula berkatail, dia tetap setia dengan ‘bulan’ (Pas).
“Saya tetap dengan ‘bulan’ (Pas), kerana parti lain tidak boleh melakukan seperti yang Pas buat.
“Sebelum ini saya menetap di Pulau Pinang tetapi tetap akan pulang mengundi di sini, kiranya pilihan raya kali ini sudah hampir 10 kali saya mengundi di sini.
“Sekarang pakcik sudah menetap di sini, kita akan pertahankan kepimpinan yang ada, jangan jadi orang munafiq yang sentiasa berbohong,” katanya lapor Harakahdaily.
Leave a Reply