MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor akan terus mempertahankan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).
Sanusi yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu bakal berdepan dengan pencabar utamanya daripada Barisan Nasional iaitu Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim 12 Ogos ini.
Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pengumuman calon PN Kedah di Kompleks Pas Kedah pada Rabu.
Sementara tu, dua bekas pemain bola sepak kebangsaan turut diumumkan sebagai calon Pas.
Mereka ialah Badrol Bakhtiar yang akan bertanding di kerusi DUN Gurun manakala Radhi Mat Din di DUN Alor Mengkudu.
Berikut senarai penuh calon-calon PN Kedah:
Leave a Reply