Muhyiddin yakin PRN 6 negeri jadi referendum rakyat tolak Kerajaan PH-BN

TAN Sri Muhyidin Yassin yakin 9.7 juta pengundi di enam negeri akan menjadikan pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini sebagai referendum rakyat menolak sebuah kerajaan yang gagal menunaikan amanah rakyat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, seluruh rakyat, khususnya para pengundi sudah melihat kegagalan PH-BN di peringkat Persekutuan.

‘’Saya yakin mereka tidak akan mengulanginya dengan memilih sebuah parti yang ternyata gagal membela nasib rakyat dan mengurus negara untuk mentadbir enam negeri selepas hari pengundian pada 12 Ogos nanti.

”Saya menyeru seluruh pengundi termasuk yang berada di luar kawasan agar balik mengundi beramai-ramai pada 12 Ogos ini bagi memastikan referendum rakyat ini berjaya mencapai matlamatnya, insya-Allah,’’ katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau.

Dalam Kenyataan itu Muhyiddin turut memaklumkan  malam tadi beliau menyertai hampir 100,000 rakyat Kelantan dalam Program Munajat Rakyat Kelantan, Pakat Pertahan Kelantan dan Amanat Pimpinan di Stadium Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Kata beliau, turut bersama saya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Annuar Musa serta ramai lagi kepimpinan tertinggi PN peringkat nasional dan negeri.

‘’Lautan manusia pada malam tadi mengingatkan saya kepada pemandangan gelombang kebangkitan rakyat yang hampir sama ketika menghadiri beberapa program di Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini. Apa yang membuat saya terharu ialah orang ramai masih setia berada dalam stadium bagi mendengar amanat daripada barisan kepimpinan walaupun hujan lebat di pertengahan program. Terima kasih rakyat Kelantan!,’’ katanya.

Muhyiddin berkata, beliau percaya ia merupakan petanda jelas kebangkitan rakyat yang sudah bosan dan kecewa dengan keadaan negara yang gagal diurus dengan baik oleh kerajaan campuran PH-BN.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *