PRN: PN Kelantan tetap umum calon 27 Julai ini

PERIKATAN Nasional (PN) Kelantan akan tetap mengumumkan calon mereka pada 27 Julai ini untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Setiausaha Badan Perhubungan PN Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, senarai kesemua 45 calon juga sudah lengkap termasuk enam daripadanya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Seemua calon itu adalah kehendak dari akar umbi dan ia juga sudah ditapis serta diperakukan oleh Majlis Syura Ulama.

“Kita tunggu pengumuman calon pada 27 Julai ini,” ujar Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan itu ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Media semalam melaporkan Pas Kedah menangguhkan Majlis Pengisytiharan calon PN negeri itu yang dijadual berlangsung Jumaat ini kepada Selasa depan.

Difahamkan jadual majlis itu ditunda bagi mengubah strategi PAS Kedah menghadapi PRN pada 12 Ogos ini.

Setiausaha PN Kedah, Musoddak Ahmad dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat atas arahan Majlis PN Pusat semalam.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *