BARISAN Nasional (BN) mendapat lebih 100 kerusi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Lebih sedikit dari 100,” katanya ditanya media mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi calon BN dalam PRN itu, selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), di Putrajaya hari ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata pengumuman rasmi nama calon BN bagi setiap kerusi yang ditandingi, akan dibuat pada 21 Julai ini.
“Kita dah selesai (pengagihan kerusi) sepenuhnya. Insya-Allah, 21 Julai ini akan buat pengumuman secara rasmi calon-calon mengikut kawasan-kawasan yang telah kami persetujui. Ketika itu watikah-watikah akan diberikan,” katanya lampor BERNAMA.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah diadakan serentak pada 12 Ogos sebagai hari pengundian, dan penamaan calon pada 29 Julai.
Sementara itu, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata parti itu tidak diperuntukkan banyak kerusi pada PRN itu dan kebanyakan calonnya akan diletakkan di kerusi sama yang dimenangi pada pilihan raya lepas.
“Amanah tidak banyak kerusi namun kerusi yang kami tanding akan menang semua,” katanya masih terdapat dua kerusi yang masih belum dimuktamadkan dan dijangka selepas dalam masa terdekat.
Leave a Reply