SELEPAS pemimpin UMNO mengecam Tony Pua kerana me label BN sebagai pakatan korup, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong pula mempersoalkan kenyataan pemimpin DAP itu yang mencadangkan supaya PH memerintah secara solo selepas PRU-16.
Dalam kenyataan melalui Facebook, Ka Siong berkata, adakah kenyataan itu bermaksud PH akan mengkhianati BN yang kini bersama mereka dalam Kerajaan Perpaduan.
“Bukankah itu bermaksud BN akan dikhianati oleh PH? DAP akan ‘tikam belakang’?” katanya.
Tony menjadikan majlis makan kutipan dana DAP malam tadi di Petaling Jaya untuk melabek BN sebagai pakatan korup dan berharap PH akan memerintah secara bersendirian selepas PRU-16.
Ka Siong seterusnya mempersoalkan, jika Tony sudah mengkritik BN korup,kenapa pula DAP mahukan sokongan BN untuk tubuhkan kerajaan?
Beliau turut mengingatkan bahawa beberapa pemimpin DAP merupakan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan, yang tertubuh dengan sokongan BN.
“Saya selar Pua sebagai ‘mulut celupar dan kenyataan beliau tidak menggambarkan ‘semangat kebersamaan’ dalam Kerajaan Perpaduan, serta akan mengelirukan penyokong.
Terdahulu, MCA mencabar Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook memecat Pua yang juga penasihat dasarnya.
SEMENTARA itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki menghantar mesej protes secara rasmi kepada DAP berhubung kenyataan Tony.
UMNO kata beliau, turut mendesak supaya Tony tidak dipertaruhkan sebagai calon oleh DAP dalam PRN.
“Saya telah menghantar mesej protes kepada kepimpinan tertinggi DAP dan desak mereka untuk jangan sesekali meletakkan beliau (Pua) sebagai calon dalam PRN akan datang jika mahu keharmonian gabungan kerajaan perpaduan Malaysia ini berkekalan.
“Lagi pun beliau sendiri masih bermimpi di siang hari sehingga terlupa bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan PH tetapi gabungan besar BN, PH, GPS, GRS dan Warisan yang didalamnya terdiri daripada 19 parti politik.
“Apa yang diucapnya hanya menyerlahkan kedangkalannya sendiri,” katanya.
Leave a Reply