BADAN Perhubungan UMNO Selangor menafikan mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau.
UMNO Selangor dalam kenyataan memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan.
Kenyataan itu memaklumkan UMNO Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut.
“Berita palsu seumpama ini sememangnya mempunyai agenda jahat untuk menjejaskan imej dan reputasi kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Selangor serta kerajaan perpaduan dalam menghadapi PRN Selangor akan datang,” menurut kenyataan itu, lampor BERNAMA.
Katanya Badan Perhubungan UMNO Selangor terus komited bagi mengukuhkan kestabilan politik tanah air serta menyambut baik kerjasama dalam kerajaan perpaduan dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Baru-baru ini tular surat bertarikh 22 Jun yang menggunakan kepala surat Badan Perhubungan UMNO Selangor kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi mendesak Rafizi meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi.
Leave a Reply