‘’SENGAJA dibuat pasal sudah tidak ada modal’’ – Itulah reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin Beraubung dakwaan beliau bertelagah dengan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Sambil menyifatkan mereka yang menyebarkan dakyah itu ketandusan modal politik, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, pihak berkenaan hanya mahu melaga-lagakan pimpinan gabungan itu.
“Ini macam cerita Timbalan Presiden (Bersatu) dan Ketua Penerangan (PN) sebelum ini, sengaja dibuat pasal sudah tidak ada modal. Mereka mahu melaga-lagakan, sedangkan dalam parti kita antara yang paling harmoni.
“Pas, Bersatu dan Gerakan tidak ada masalah langsung. Dalam parti masing-masing pun stabil, tak ada krisis. Ada dengar bergaduh? bila masa saya bertumbuk dengan Datuk (Seri) Hamzah? tidak ada. Segalanya dibuat-buat.. janganlah percaya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PN yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.
Sebuah portal berita sebelum ini mendakwa Muhyiddin dan Hamzah bertelagah mengenai hala tuju parti itu.
Ini berkaitan timbul khabar angin yang menyatakan Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut mungkin digantikan sebagai ketua pembangkang di Parlimen.
Muhyiddin percaya pihak berkenaan membuat dakwaan itu untuk mengalihkan perhatian kepada masalah yang sedang berlaku terhadap lawannya.
“Ini perbuatan ‘cywar’ oleh ‘cybertroopers’ mereka (pihak lawan) yang menggunakan media sosial untuk mengalih pandangan terhadap isu pokok yang tidak diselesaikan mereka,” katanya.
Mengenai pelawaan PN kepada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebelum ini, Muhyiddin berkata, tidak ada apa-apa perkara baru yang dapat dikongsikan.
“Tanya dia. Dua pun ada jawab dalam Podcas, tak perlu saya bincang panjang perkara itu. Saya sudah nyatakan apa yang patut kita bincang.
“Beliau pun sudah memberi penjelasan dalam media arus perdana. Itulah apa yang sudah berlaku setakat hari ini,” katanya.
Leave a Reply