PERGERAKAN Pemuda UMNO tetap akan membantu parti komponen Kerajaan Perpaduan dalam PRN di enam negeri tidak lama lagi tidak kira sama ada DAP memohon maaf atau tiddak kepada parti itu.
Ketuanya, Dr.Muhamad Akmal Saleh berkata, Pemuda UMNO tidak boleh memaksa DAP berbuat demikian tetapi ika DAP tidak memohon maaf, ia akan menimbulkan ketidaksenangan pengundi dan juga ahli UMNO di peringkat akar umbi.
‘’Permohonan maaf tersebut hanya untuk meredakan tekanan antara akar umbi UMNO dan DAP. Tuntutan itu mewakili suara akar umbi. Kalau mereka tidak mahu minta maaf, tidak boleh paksa,’’ katanya pada sidang media ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur hari ini.
Mengenai kedudukan UMNO dalam kerajaan, Dr.Muhamad Akmal menegaskan, walaupun parti itu harus sedar tidak mempunyai bilangan kerusi mencukupi untuk menjadi dominan dalam kerajaan namun hala tujunya mesti bukan sekadar mahu menjadi parti yang “mencukupkan jumlah” kerusi kerajaan sahaja.
“Itulah sebenarnya keresahan di peringkat bawah (akar umbi), dan hari ini rata-rata di peringkat bawah sudah tahu apakah hala tuju yang kita nak.
“UMNO sama sekali tidak mampu untuk menjadi ‘hanya nak mencukupkan kerusi sahaja’. UMNO mesti kembali dominan – ini yang kita mahukan, dan nak kembali dominan UMNO mesti mendapat balik kepercayaan rakyat. UMNO mesti buktikan dan tunjukan bahawa parti ini sudah berubah seperti apa yang rakyat mahukan,’’ katanya.
Leave a Reply