BEKAS Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, ramai lebih rindu kepada UMNO yang asal.
Oleh itu, beliau berkata, tidak perlu pelawa ahli dibuang ke Perhimpunan Agung UMNO secara menyindir dan sengaja berseloroh.
‘’Ini hanya menggambarkan mentaliti pemikiran semasa kepimpinan UMNO, tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangkan hati ahli-ahli akar umbi,’’ katanya melalui catatan dalam media sosial.
Jumaat lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki secara berseloroh ‘mengajak’ mereka yang dipecat daripada parti itu untuk datang memperbaharui kain samping UMNO mereka pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, yang akan berlangsung mulai 7 Jun ini.
“Kita tidak pernah menghalang mereka untuk datang ke Dewan Merdeka (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur). Siapa pun boleh masuk, cumanya sudah tentu perwakilan sahaja.
Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan berkata, yang dibuang (dipecat) tidak rugi kerana parti telahpun menetapkan hukuman.
‘’(Parti) tidak memerlukan khidmat kami lagi. Yang rugi ialah UMNO yang terkesan daripada pelawaan sinikal sedemikian,’’ katanya.
Leave a Reply