SEBAHAGIAN besar Cameron Highlands dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik sejak tengah hari tadi.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan ringkas berkata, ia berpunca daripada masalah di pencawang masuk utama Bintang.
“Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik,” menurut TNB, rapor FMT.
Pengguna Twitter Abu Atah yang baru tiba di pusat peranginan itu turut berkongsi keadaan sama.
“Baru sampai Cameron Highlands, tiada elektrik satu Cameron, YB Datuk Timbalan Speaker?” tulisnya merujuk Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat.
“Hampir semua Cameron Highlands tiada elektrik,” menurut August Li.
Leave a Reply