TINDAKAN Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian semalam terus mengundang bantahan.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim turut mempersoalkan keputusan tersebut dan menuntut penjelasan yang tepat kepada rakyat berhubung perkara berkenaan kerana isu itu melibatkan soal kesucian agama.
Berikut adalah kenyataan penuh wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu;
1. Kenapa kerajaan Persekutuan sekarang dan KDN tarikh balik rayuan kes kalimah Allah di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
- Kenapa kes rayuan itu tidak diberi peluang diputuskan mengikut undang-undang Perlembagaan di Mahkamah Rayuan?
- Kes kalimah Allah ini bermula di mahkamah tinggi dan boleh dirayu oleh pihak-pihak yang terlibat sehingga ke Mahkamah Persekutuan.
- Kes rayuan ke mahkamah rayuan difailkan oleh kerajaan Persekutuan yang terdahulu pada 12 Mac 2021. Apa rasional rayuan ini ditarik balik oleh kerajaan Persekutuan sekarang?
5.Adakah keputusan menarik balik rayuan tersebut dibuat secara yang betul, berniat baik, tidak menyalahi Undang-undang pentadbiran?
6.Tidakkah peruntukan undang-undang Perlembagaan Persekutuan berkenaan kedudukan Agama Islam terletak dalam bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu?
- Adakah Majlis Raja-Raja Melayu telah dirundingi dan persetujuan raja-raja telah diperolehi sebelum rayuan ditarik balik?
- Jawapan dan penjelasan dari Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri adalah sangat penting dalam meredakan kegelisahan masyarakat Islam sekarang.
Hassan Abdul Karim,
Ahli Parlimen Pasir Gudang,
16 Mei 2023
Leave a Reply