- Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berasa kesal dengan perkembangan terbaharu berkenaan pembatalan rayuan terhadap kes kalimah Allah oleh pihak kerajaan.
- Kes kalimah Allah merupakan kes berkepentingan tinggi bagi umat Islam di Malaysia. Terkini, proses rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi telah dimulakan oleh Kerajaan Persekutuan yang terdahulu.
- Kerajaan tidak perlu bertindak terburu-buru dengan membatalkan rayuan pembatalan kes kalimah Allah ini. Apatah lagi ia dilakukan secara senyap-senyap di luar pengetahuan masyarakat dan umat Islam.
- Apakah tujuan sebenar di sebalik pembatalan rayuan kes yang sedang berjalan di mahkamah? Tidakkah ini hanya menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini. Lebih-lebih lagi kes ini adalah kes yang melibatkan kepentingan umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini.
- Jelas tindakan dangkal oleh pihak kerajaan ini agak tidak beradab kerana telah membelakangkan semua pihak yang berkepentingan dalam kes ini seperti Majlis Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri, pasukan peguam yang terlibat secara langsung dalam kes ini dan juga umat Islam secara keseluruhannya.
- ISMA mendesak supaya Perdana Menteri dan pihak kerajaan untuk menarik semula pembatalan rayuan terhadap kes kalimah Allah ini demi kepentingan agama Islam dan umat Islam di Malaysia.
Presiden ISMA,
Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat
Leave a Reply