DEWAN Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan pada bulan depån selepas Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.
Bercakap kepada wartawan di Shah Alam, beliau berkata, beliau akan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah minggu ketiga Jun bagi memohon perkenan pembubaran DUN.
DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini.
“Sebelum tarikh itu saya akan menyampaikan hasrat bila tarikh untuk kita bubar… (akan menghadap sultan) minggu ketiga atau minggu keempat Jun. Mungkin juga boleh jadi minggu kedua (Jun),” katanya.
Sultan Sharafuddin dijadualkan berangkat menunaikan haji bulan depan.
Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan BN, Amirudin yang juga pengerusi PH Selangor berkata terdapat lima ke tujuh kerusi sedang dimuktamadkan antara rakan sekutu.
“Setakat ini, perbincangan PH dan BN di peringkat negeri dah berjalan dan kita dah hantar laporan ke peringkat pusat dan peringkat pusat juga akan memulakan perbincangan (pembahagian kerusi) itu sekali.
“Formulanya sudah pasti kemenangan. Semua parti menyatakan kawasan mana mereka mahu dan di mana kawasan kita nak kekalkan. Masa dah cukup dan sekarang sampai di peringkat pusat (tentukan).”
Mengenai laporan yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon “heavyweight” untuk menumbangkan PH Selangor, Amirudin menyifatkan gabungan itu sebagai “celaru”.
“Dia (PN) sebelum ini cakap calon menteri besar Selangor adalah orang Selangor tapi dia terpaksa import dari luar. Itulah kata celaru,” katanya.
Leave a Reply