Oleh KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
KERAJAAN PH-BN pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mengambil panduan dan semangat daripada titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah agar wakil rakyat pembangkang juga diberi peruntukan yang adil.
Ini merujuk kepada titah baginda dalam Sidang Dewan Negeri Pahang bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua yang berlangsung baru-baru ini.
Tengku Hassanal dalam titah baginda menyatakan bahawa dalam tempoh 66 tahun ini sepatutnya semua pihak telah matang dan menjadi kerajaan yang meraikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.
Tindakan mengenepikan peruntukan buat wakil rakyat pembangkang oleh kerajaan PMX selama ini hanya mengulangi skrip politik dendam kesumat dan ia amat bertentangan dengan agenda yang pernah PMX perjuangkan semasa menjadi Ketua Pembangkang.
Kami mengulangi gesaan ini kerana kepentingan rakyat perlu diutamakan, bukan hanya survival politik yang menafikan hak wakil rakyat pembangkang yang sah dipilih oleh rakyat. Peruntukan juga perlulah diberikan tanpa syarat. Hormatilah pilihan rakyat.
*YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN adalah Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ahli Parlimen Jerantut
Leave a Reply