TAN Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuat kuasa Jumaat ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali menerusi satu kenyataan, hari ini.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaras dengan Seksyen 5(1) Akta SPRM 2009.
Azam sudah berkhidmat selama 36 tahun dengan SPRM, yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) menurut Berita Harian
Leave a Reply