KECELARUAN yang timbul daripada kelulusan untuk i-Cagar FSA2 KWSP daripada MBSB Bank menarik perhatian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang dilihat menyusahkan pemohon dan menimbulkan masalah.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang juga Ahli Badan Pimpinan Tertinggi (MPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu);
Malam tadi saya berdiskusi dengan sekumpulan pencarum KWSP yang telah menerima kelulusan untuk i-Cagar FSA2 KWSP daripada MBSB Bank dan dana pinjaman pun telah dimasukkan ke akaun bank mereka. Yang menariknya, semua mereka menerima kelulusan walaupun mereka sebenarnya mempunyai status bankrap.
Kelulusan itu pada awalnya memberi kelegaan kepada mereka. Tetapi kegembiraan mereka sekejap sahaja kerana sehingga hari ini mereka tidak boleh mengeluarkan kesemua wang yang diluluskan.
Malahan ada di antara mereka yang menerima SMS daripada MBSB Bank mengarahkan mereka mendapatkan surat pelepasan daripada Jabatan Insolvensi dan jika tidak, pinjaman mereka akan dibatalkan walaupun dana telah dimasukkan ke akaun bank mereka.
Bagaimana boleh wujud satu keadaan yang mana pinjaman telah diluluskan, dana telah dimasukkan dalam akaun peribadi, tapi peminjam tidak dibenarkan membelanjakan wang itu? Kalau mereka ini tidak layak sebab bankrap, kenapa permohonan diluluskan? Bukan saja lulus, malahan duit pun dah masuk ke akaun peribadi!
Lebih buruk lagi, salah seorang pencarum berkongsi dengan saya screenshot akaun beliau. Lihat gambar yang saya sertakan. Peminjam ini meminjam RM18,000 dari MBSB dengan mencagarkan wang KWSP yang dia ada. MBSB mengenakan caj pada kadar 4.5% dan tempoh pinjaman ialah 9 tahun.
Lihat sendiri screenshot pertama. Jumlah penuh yang dia perlu bayar ialah RM35,601.12. Dua kali ganda dari jumlah RM18,000 yang dia pinjam!!
Daripada seorang yang elok-elok ada wang dalam akaun KWSP sendiri, akibat polisi Anwar Ibrahim, dia kini berhutang RM35,000 dan wang KWSP sendiri pula telah tercagar!
Saya gesa Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri beri penjelasan kenapa pentadbiran beliau amat cacamarba dan huru hara sehingga rakyat yang susah dianiaya sebegini.
Tidak pernah ada Perdana Menteri di muka bumi ini yang mencadangkan bahawa penyelesaian bagi mereka yang bankrap sebab berhutang ialah dengan menambah lagi hutang. Ini pemikiran songsang Perdana Menteri yang tidak kompeten.
Secara khusus, Anwar perlu:
- jelaskan bagaimana mereka yang bankrap boleh menerima kelulusan permohonan pinjaman?
- beri jaminan bahawa sekiranya pinjaman mereka ini dibatalkan, mereka tidak akan dikenakan apa-apa caj atau faedah walaupun wang telahpun dimasukkan ke akaun peribadi peminjam dan status KWSP mereka kembali kepada sediakala,
- pastikan peminjam yang telah mengeluarkan wang pinjaman tidak dipaksa memulangkan wang dengan zalim kepada mereka.
- Jelaskan apa rasional kerajaan memaksa pencarum menambah hutang sehingga jumlah bayaran balik jadi berganda dan membebankan.
Sebenarnya yang paling baik ialah Anwar akui dia telah tersilap dengan FSA2 i-Cagar. ๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ก๐ช๐๐ง๐๐ฃ ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐จ๐๐จ๐๐ง ๐จ๐๐ฅ๐๐ง๐ฉ๐ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐จ๐๐ฎ๐ ๐๐๐จ๐ ๐จ๐๐๐๐ก๐ช๐ข ๐๐ฃ๐. Itu adalah penyelesaian lebih tepat dan tidak menambah hutang pencarum.
Jika Anwar tidak dapat terima hakikat bahawa dasar songsang yang dia bawa ini menyusahkan rakyat, lebih baik Anwar letak sahaja jawatan Menteri Kewangan dan berikan kepada orang yang lebih kompeten.
Leave a Reply