AMANAH membuat permohonan maaf kepada UMNO berhubung bantahan terhadap permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak supaya “tidak ada parti tersinggung dan semua pihak boleh move forward”.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, “Mohon maaf sekiranya kenyataan itu menyinggung atau melukakan UMNO. Wajar dipohon kemaafan kerana bukan niat kenyataan tersebut untuk melukakan mana-mana pihak.”
“Yang penting tujuan permohonan maaf adalah supaya kita boleh ‘move forward’ kerana Lembaga Pengampunan telah bersidang dan isu ini telah berlalu,” katanya lapor FMT.
Ahad lalu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, membuat permohonan maaf itu kepada Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Satria, Putrajaya.
Ia susulan kenyataan Khalid bahawa pihaknya merayu agar permohonan pengampunan terhadap bekas Presiden UMNO itu ditolak.
Sementara itu, Khalid berkata isu bantahan terhadap permohonan pengampunan kepada Najib tidak lagi berbangkit dan semua pihak perlu kembali perkukuh hubungan dalam kerajaan perpaduan bagi menghadapi PRN di enam negeri.
“Yang penting kita bersatu untuk hadapi PRN bakal mendatang. Zahid sudah sebut sekarang kita tumpu pada yang dipersetujui bersama, jasi pada masa ini ia bukan lagi isu,” katanya.
Leave a Reply