Penghantar barang mengamuk, pukul ibu kandung

POLIS menahan seorang lelaki selepas mengamuk dan memukul ibunya di kediaman di Taman Pandan Mewah, di Ampanag Jaya, kelmarin.

Dalam kejadian 6.55 petang itu, anggota unit peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugasan menerima maklumat berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Farouk Eshak berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.55 petang sebelum kejadian itu diadukan kepada pihaknya.

“Anggota unit peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugasan menerima maklumat berhubung kejadian. Sebaik tiba wanita berusia 54 tahun itu memaklumkan anak lelakinya berusia 27 tahun mengamuk dan memukulnya.

“Suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada polis sebelum dia ditahan untuk tindakan selanjutnya.

“Semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai penghantar barang memiliki sembilan rekod jenayah lampau tidak dikehendaki,” katanya dalam memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah THC.

Mohd. Farouk berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *