BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa bimbang dan takut kerana mendakwa tidak boleh bercakap tentang masalah orang Melayu walaupun berada di tanah air sendiri.
Menerusi perkongsian di media sosial, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga mendakwa perhimpunan untuk melancarkan proklamasi Melayu yang terpaksa dibatalkan baru-baru ini adalah atas arahan pihak atasan.
Beliau turut mendakwa langkah untuk melancarkan proklamasi orang Melayu tanpa menyentuh kaum lain pun dianggap hasutan.
Berikut kenyataan penuh Dr Mahathir:
SAYA TAKUT
- Apa sudah jadi.
- Saya takut.
- Kerana di tanah air saya, di Malaysia, di Tanah Melayu saya tidak boleh bercakap berkenaan masalah orang Melayu.
- Tidak boleh berjumpa pun. Tidak ada tempat. Semua tolak. Empat kali kena tolak “atas arahan pihak atasan”.
- Nak lancar proklamasi orang Melayu tanpa sentuh kaum lain, itu hasutan. Sedition.
- Saya takut.
- Nak guna sosial media ini bolehkah???
- Akan dituduh menghasutkah?
- Saya minta ampun jika dakwaan ini salah.
10.Jika salah saya mengeluh tentang nasib orang Melayu, tak apalah. Saya tidak lagi akan mengeluh. - Orang Melayu miskin jual negara.
- Okaylah. Orang miskin tidak perlu negara.
- Jangan buat apa-apa.
- Itu hasutan.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
30 Mac 2023
Leave a Reply