EMPAT warga emas terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Sungai Baru,Trong, Taiping, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 5.31 petang.
‘’Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping diketuai oleh Penolong Bomba Kanan 2, Mohd Rizan Shahrudin, segera kelokasi kejadian untuk tindakan lanjut.
“Kemalangan membabitkan sebuah treler muatan arang batu bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dan mengakibatkan empat mangsa tersepit. Kesemua mangsa masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 63 hingga 77 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,’’ katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan.
Leave a Reply