Kertas putih perolehan vaksin hanya buang masa PAC – Dr Marzuki – SB

BEKAS Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan mempersoal langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kesihatan membentangkan kertas putih perolehan vaksin Covid-19.

Sedangkan semua itu ssudah dilaksana secara teratur mengikut tatacara kewangan. Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Saya tak faham kenapa kabinet seperti yang diumum oleh PMX buat keputusan untuk bentang kertas putih mengenai perolehan vaksin. Kononnya perolehan dibuat dengan tidak teratur tanpa kelulusan Peguam Negara.

Keputusan perolehan vaksin telah dibawa ke kabinet untuk kelulusan.

Biasanya agensi-agensi berkaitan beri ulasan terlebih dahulu ke atas Memorandum Jemaah Menteri untuk perolehan vaksin. Saya percaya Jabatan Peguam Negara antara agensi yang beri ulasan.

Itu hal keputusan kabinet.

Lebih jelas isu perolehan vaksin telah dibawa ke perhatian PAC pada tahun 2021. Dalam laporan setebal 521 muka surat, PAC mengesahkan bahawa perolehan vaksin telah dibuat secara TERATUR.

Pengerusi PAC pada ketika itu ialah Ahli Parlimen DAP, YB Wong Kah Woh. Nurul Izzah juga angggota PAC pada masa itu.

Jadi, ke mana nak dibuang laporan PAC setebal 521 muka surat itu?

Ini semua kerja buang masa.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *