Hassan Merican ketuai Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Penasihat Petronas Tan  Sri Mohd Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

Anwar berkata kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan.

Beliau berkata empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd  Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Prof Dr Yeah Kim Leng, Profesor Ekonomi Universiti Malaya Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

Anwar berkata anggota badan penasihat khas itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Sebelum ini, Anwar melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *