Buktikan Bersatu terima RM4 bilion daripada Pakej Rangsangan Ekonomi

Oleh DATUK DR. MARZUKI MOHAMAD

BAGI yang tuduh BERSATU terima RM4 bilion dari RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi boleh lihat penyata akaun parti tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit. Akaun yang diaudit ini telah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU. Ia telah difailkan di ROS dan merupakan dokumen awam. Tak boleh tipu punya.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 dan letak jawatan pada 16 Ogos 2021. Kalau RM4 bilion masuk dalam akaun BERSATU selepas Tan Sri Muhyiddin letak jawatan hebat betullah BERSATU.

Sebagaimana amalan biasa, penyata kewangan BERSATU 2022 akan dibentangkan dalam PAT pada bulan Mac nanti. Bolehlah sama-sama kita lihat ada tak RM4 bilion tu.

Untuk rekod, UMNO ada RM192 juta ketika akaun parti itu dibekukan pada tahun 2018. Itu mungkin baki perbelanjaan PRU 14.

Baki ya tuan-tuan, atau “loose change”.

Dah alang-alang tengok akaun BERSATU, mungkin elok juga tengok akaun PKR dan DAP termasuk akaun amanah (trustee account) yang dipegang bagi pihak parti jika ada.

Maklumlah DAP jadi kerajaan di Pulau Pinang dan PKR pun kerajaan di Selangor dan Negeri Sembilan. Siasatlah dari mana sumber wang yang diterima oleh parti. Barulah ‘fair and square’. Kalau tengok gaya belanja pilihan raya PH pun boleh tahan juga.

Penulis adalah bekas Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri kelapan


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *