PRN: PN sasar menang kawasan bukan Melayu

PERIKATAN Nasional (PN) menyasarkan untuk menang di kawasan bukan Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gabungan itu mahu menang di kawasan Melayu dan juga bukan Melayu.

“Disebabkan itu calon yang diketengahkan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang adalah mereka yang diterima ramai.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

“Bagi kerusi di Kedah, Kelantan dan Terengganu kita boleh menang besar dan ‘handsomely’.

“Tapi di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor, kita kena berhati-hati dan pastikan calon diterima oleh semua orang bukan sahaja Melayu tetapi bukan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional (PN) di Cheras, hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pemimpin-pemimpin PN ketika hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

Turut hadir, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Ketika ditanya mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Terengganu dan Kelantan, Hamzah berkata, perkara tersebut tidak perlu didedahkan.

“Bubar ini kita simpan dengan kita (PN) sahaja. Ada perkara yang kita boleh beritahu, ada yang kita tak boleh bagi tahu,” ujarnya.

Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau ketika hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

Sementara itu, Dominic berkata, meskipun tidak memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), parti Gerakan akan terus bersama PN.

“Kita akan sokong dan tujuan kita adalah untuk melihat PN menang pada PRN yang akan datang,” ujarnya lapor Sinar Harian.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *