PEGAWAI Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri Ramesh Rao dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.
Menurut Malaysia Gazette, mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ramesh dikenali sebagai individu yang aktif memperjuangkan kebajikan masyarakat di negara ini, terutamanya kaum India.
Pada 24 Dis lepas, pemimpin NGO yang juga penyokong Barisan Nasional itu dilantik menjadi pegawai khas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Zahid dalam kenyataannya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang selain menghargai khidmat bakti dan jasanya kepada masyarakat serta negara sebelum dan semasa berkhidmat.
“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan seluruh warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ramesh Rao, Pegawai Khas yang meninggal dunia pada awal pagi ini.
“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi,” katanya.
Leave a Reply