UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah umumkan menarik diri daripada kerajaan Sabah selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, selepas mesyuarat parti itu malam ini.
Bung Moktar mendakwa, tindakan Hajiji memungkirkan janji antara sebab mereka membuat keputusan tersebut.
Selain itu, kata Bung Mokhtar, Perlembagaan juga tidak membenarkan Hajiji terus menjadi Ketua Menteri sebaik sahaja Hajiji meninggalkan parti Bersatu.
‘’Kami di dalam Barisan Nasional Sabah membuat perjanjian dengan Perikatan Nasional selepas Pilihan Raya Negeri pada tahun 2020.
‘’Tetapi jelas, beliau melanggar perjanjian apabila memecat ADUN Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Qhanazah dan mengancam untuk membuat rombakan Kabinet.
‘’(Oleh itu) Kami secara sebulat suara menarik sokongan terhadap kerajaan dan Hajiji sebagai Ketua Menteri,’’ katanya.
Bung Moktar berkata, beliau menjangkakan 12 daripada 17 ADUN UMNO termasuk bekas ADUN Parti Bangsa Malaysia, Datuk Mohammadin Ketapi menyokong langkah tersebut.
Leave a Reply