Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang kakitangan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM10,000.
Menurut sumber, suspek wanita yang berusia 39 tahun itu ditahan pada pukul 10 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.
Difahamkan, pada 2017 hingga 2019, suspek telah mengemukakan tuntutan palsu kepada GLC terbabit berkaitan pelaksanaan program di sebuah daerah di Johor, sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM,” ujar beliau.
Leave a Reply