DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan.
Perdana Menteri berkata, beliau telah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berhubung penangguhan itu.
Sebelum ini, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan semula Ahmad Jazlan menduduki jawatan berkenaan dan mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengeluarkan surat pelantikan berkenaan.
Bagaimanapun tindakan Ahmad Zahid dikritik banyak pihak dan dilihat membelakangi keputusan kerajaan menamatkan lantikan kontrak lantikan politik serta-merta.
Pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Anwar berkata, tiada isu untuk ahli politik dilantik ke jawatan seperti itu tetapi pelantikan itu mestilah mengikut amalan urus tadbir yang baik.
“Saya mahu jelaskan ahli politik atau Ahli Parlimen boleh dilantik tetapi kita akan mempertimbangkan kemampuan profesional individu dan prestasi sebelum ini, dan juga mesti mematuhi dengan peraturan dan prinsip urus tadbir yang baik,” katanya.
Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan kali pertama dilantik sebagai Pengerusi Felcra pada Oktober tahun lalu. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dari 2015 dan 2018.
Pada 15 Disember lalu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali mengeluarkan pekeliling kepada ketua setiausaha di setiap kementerian yang menyatakan Jemaah Menteri bersetuju menamatkan kontrak lantikan politik secara serta merta.
Ia turut melibatkan jawatan dalam badan berkanun Persekutuan, syarikat menteri kewangan (diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.
Pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra ditangguh

Leave a Reply