BEKAS Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Ke-8, Datuk Dr.Marzuki Mohamad menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahm terkhilaf apabila memberitahu Dewan Rakyat semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin memesan (tempat) sebuah kereta rasmi yang dipercayai merujuk kepada kereta Mercedes S600.
Kata Dr.Marzuki, Anwar memberitahu tempahan itu tidak diteruskan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dibatalkan oleh beliau.
‘’Sebagai Perdana Menteri pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin diberikan dua pilihan kereta rasmi iaitu MPV Lexus dan Mercedes S600. Harga kedua-duanya terlalu mahal dan minit terakhir Tan Sri Muhyiddin kepada Jabatan Perdana Menteri ialah supaya harganya dikaji dan dirunding semula. Kelulusan akhir perlu dibuat oleh Kementerian Kewangan. Saya kembalikan minit tersebut kepada pegawai dan ia terhenti setakat itu sahaja,’’ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dr.Marzuki berkata, sehinggalah Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos 2021, kereta Mercedes itu tidak pernah ditempah atau dibeli oleh kerajaan.
‘’Saya percaya kenyataan PM-10 bahawa Tan Sri Muhyiddin telah memesan kereta tersebut adalah terkhilaf,’’ katanya.
Beliau berkata, Muhyiddin tidak menggunakan kereta rasmi kerajaan.
‘’Muhyiddin menggunakan kereta peribadinya yang sama sejak berada di dalam pembangkang, semasa menjadi Menteri Dalam Negeri, semasa menjadi Perdana Menteri dan sehinggalah sekarang,’’ katanya
Leave a Reply