Oleh BADLISHAH MAT
SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas terperangkap dalam kereta dinaiki yang terjunam ke dalam Sungai Korok di Jitra, petang ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.23 petang.
“Kejadian melibatkan sebuah kereta yang terjatuh ke dalam sungai dengan seorang mangsa berusia 12 tahun masih di dalam kereta tersebut.
“Dua lagi mangsa dipercayai ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sayani berkata, anggota bomba kemudian berjaya menemukan dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan itu kira-kira pukul 4.10 petang.
Katanya, operasi menyelamat turut membabitkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
“Kita juga mendapatkan bantuan kren di lokasi kejadian,” tambah beliau.
Leave a Reply