BEKAS Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal pemecatan beliau.
Menurutnya, tindakan itu telah menganiayai beliau meskipun telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam Perkhidmatan Awam.
Berikut kenyataan penuh Shafiq menerusi satu kenyataan.
Yang Amat Berhormat Tun/ Tan Sri/Dato Seri/Datuk/Dato/Tuan/Puan;
- Saya Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah ingin menerangkan dan menjawab berkenaan surat “sulit” yang tular di media sosial pada semalam 12/12/2022.
- Pertamanya saya hanya diserahkan dengan surat penamatan perkhidmatan
saya yang bertarikh 01/12/2022 tersebut pada hari semalam 12/12/2022. Saya tidak diberikan notis yang munasabah dimana tarikh berkuatkuasa penamatan perkhidmatan saya adalah pada 12/12/2022 hari yang sama. - Sejak saya menerajui Perkhidmatan Awam banyak pelaksanaan penambahbaikan dalam perkhidmatan yang cuba saya usahakan. Antaranya adalah:
i. Penambahkaikan semua organisasi agensi dan jabatan kerajaan supaya boleh berfungsi lebih optimal dan efisien;
ii. Pengurangan birokrasi untuk menjadikan penjawat awam berpaksikan rakyat;
iii. Penambahbaikan Peraturan Pengesahan Sijil Sakit Swasta Yang Melebihi 15 Hari Bagi Rawatan Pesakit Luar Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, 18 Februari 2022;
iv. Penambahbaikan Kemudahan Cuti Kuarantin, 4 Mac 2022;
v. Penambahbaikan Dasar Bekerja Dari Rumah Bagi Pegawai Perkhidmatan
Awam, 10 Mac 2022;
vi. Tanggungjawab Ketua Jabatan Bagi Melaksanakan Perintah Mahkamah
Dalam Kes Tuntutan Nafkah, 5 April 2022;
vii. Surat Edaran Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan
Kematian Ahli Keluarga Terdekat, 5 September 2022; dan
viii.Perisytiharan Rekod Kesihatan Bagi Membudayakan Hidup Sihat Pegawai
Awam, 6 September 2022. - Ini termasuklah arahan pusingan kerja, lawatan mengejut turun padang dan memberikan teguran untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan. Makanya, perkaraperkara ini tidak disenangi oleh segelintir pegawai awam yang mempunyai kepentingan didalam perkhidmatan awam dan juga bersama pihak luar.
- Justeru, beberapa usaha tanpa henti telah dilaksanakan untuk memburukkan imej dan reputasi saya melalui isu-isu viral di media social dan media massa yang semakin memuncak dengan tindakan penamatan perkhidmatan saya semalam. Untuk maklumat rakyat Malaysia, saya menegaskan bahawa saya tidak pernah mengancam kepentingan awam dalam sebarang perkhidmatan dan tindakan saya semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), saya telah menjalankan tugas saya secara amanah dan tegas.
- Sejak saya menjawat jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ini,
terdapat usaha untuk menghalang saya bertindak dengan efisien dan segera apabila beberapa mesyuarat penting kenaikkan pangkat telah ditangguh oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai Tuan Pengerusi Mesyuarat seperti Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat perkhidmatan Awam. Saya juga tidak boleh membuat keputusan sewenangnya untuk melantik dan memberikan kenaikkan pangkat pegawai awam kerana ianya perlu melalui Mesyuarat Lembaga. Kelewatan mengadakan Mesyuarat Lembaga telah menyebabkan banyak jawatan penting yang kosong di dalam sektor awam tidak dapat diisi dengan segera, terutamanya di peringkat pengurusan tertinggi Kementerian atau Agensi. - Saya amat menyokong aspirasi Kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan awam. Saya juga menyahut manifesto Kerajaan baharu untuk membuat transformasi dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Cabaran-cabaran yang perlu ditangani termasuk membina perkhidmatan awam yang berfikiran usawahan/ entrepreneur bagi tindakan lebih proaktif menjana hasil dan pendapatan untuk negara; perubahan sikap dan kualiti dengan berfikiran strategik; pemikiran mencari penyelesaian dan kemahiran analitis, sasaran adalah menyediakan pemimpin masa hadapan.
- Saya juga ingin menyatakan bahawa Jemaah Menteri sebelum ini telahpun
memutuskan untuk tidak mempertimbangkan penyambungan perkhidmatan Pegawai Awam secara kontrak bagi yang telah bersara. Ini kerana ia akan memberikan beban kewangan kepada Kerajaan dengan pembayaran pencen dan gaji pada masa yang sama. Pelaksanaan keputusan Jemaah Menteri ini juga tidak dapat dilaksanakan segera disebabkan tekanan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Saya berasa terkilan dengan keputusan Kerajaan ke atas diri saya. Walaubagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam Perkhidmatan Awam.
Sesungguhpun demikian, saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati semua Pegawai Awam menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Kerajaan yang memerintah, memegang prinsip berintegriti, tidak rasuah dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.
Demi menjaga nama baik dan kepentingan anggota Perkhidmatan Awam, keputusan Kerajaan ini akan diteliti secara mendalam, sekiranya sesuai dan perlu semakan perundangan akan dilakukan. Besarlah harapan saya agar Pegawai Awam dapat berusaha bersama memartabatkan Perkhidmatan Awam ke tahap yang lebih dinamik demi kemajuan dan kesejahteraan Negara tercinta.
DATUK SERI MOHD SHAFIQ BIN ABDULLAH
13 DISEMBER 2022
Leave a Reply