RANCANGAN Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) terutama dalam kalangan mereka yang mengamalkan homoseksual mendapat tentangan dan tidak dipersetujui beberapa doktor. Menurut mereka, apa yang perlu lebih ditekankan ialah mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang boleh menyebabkan penyebaran wabak HIV.
Berikut adalah kenyataan penuh enam doktor dan perunding pakar perubatan keluarga dari beberapa universiti;
Abstinen, bukan PrEP sebagai mesej utama pencegahan jangkitan HIV
Kami ingin merujuk kepada laporan berkaitan rancangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperluaskan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) untuk mencegah penyebaran wabak HIV. PrEP adalah ubatan oral yang digunakan untuk mencegah jangkitan HIV yang tersebar melalui hubungan kelamin ataupun penggunaan jarum suntikan yang telah pun diedarkan melalui klinik-klinik kesihatan di Selangor, Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan juga Sabah.
Buat masa ini, PrEP diberikan kepada individu berstatus HIV-negatif yang berisiko untuk mendapat HIV, seperti pasangan kepada individu yang telahpun menghidap HIV. Individu yang menghidap HIV serta keluarga mereka adalah kategori pesakit yang layak untuk dilindungi dan sepatutnya menerima rawatan terbaik yang tersedia.
Namun, apa yang membimbangkan, perancangan terkini adalah untuk meluaskan penggunaan PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dan secara atas permintaan. Kami menggesa untuk KKM menilai semula perancangan ini.
Kami berpendapat bahawa KKM sepatutnya lebih menumpukan kepada kempen langkah-langkah pencegahan, yang bermula dengan penghindaran perbuatan seks itu sendiri atau abstinen. Mesej-mesej kesihatan dan saranan kepada masyarakat awam untuk mengelakkan hubungan kelamin melalui dubur (seks anal) sepatutnya menjadi langkah utama pencegahan.
Kos ekonomi yang besar untuk perbelanjaan ๐ฃ๐ฟ๐๐ฃ
โPencegahan lebih baik daripada mengubatiโ adalah pepatah lama yang malar segar yang bukan sahaja praktikal dalam kehidupan sehari-harian, malah juga dalam sudut pandang ekonomi negara dan polisi sosial yang menyeluruh. Ini tidaklah bermakna langkah pencegahan awal secara farmaseutikal tidak berkesan atau pun tidak berhasil dalam mengurangkan beban dan kos jagaan dan rawatan.
Akan tetapi, pencegahan awal melalui farmaseutikal hanya terpakai untuk ubat-ubatan ataupun vaksinasi secara one-off atau ianya dengan kekerapan yang minimum. Sebagai contohnya, pembelian dan pemberian vaksin BCG yang terbukti sangat berkesan untuk melawan penyakit tibi. Begitu juga halnya dengan vaksin yang kita gunakan semasa COVID-19. Namun kita diperlukan mengambil ubat atau vaksin ini di antara sekali atau 3-4 kali sahaja sebagai booster.
Berbeza dengan PrEP yang memerlukan lelaki yang mengamalkan seks dengan lelaki (MSM) untuk mengambil ubat tersebut setiap hari kerana mereka dikategorikan sebagai โindividu yang kerap terdedah kepada risikoโ. Mengambil kira majoriti pengamal MSM adalah mereka yang masih muda, strategi ini bukan sahaja berupaya meruntuhkan nilai moral masyarakat, bahkan juga dari sudut ekonomi, ia akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang tinggi dan tidak munasabah.
Hasil negara yang dikutip melalui pembayar cukai akan dibelanjakan seterusnya membolehkan individu yang berisiko dari segi tingkah laku untuk meneruskan aktiviti mereka sedangkan mereka boleh meninggalkan perbuatan berisiko tinggi dengan memberikan fakta kesihatan yang betul dari aspek kesihatan dan motivasi dari sudut moral.
Daripada menggunakan dana kita yang terhad kepada PrEP yang ternyata merupakan gaya hidup dan pilihan seseorang untuk mengamalkan seks anal, dana kesihatan kita boleh dimanfaatkan untuk penyakit-penyakit lain seperti penyakit kongenital (penyakit sejak lahir) atau pun penyakit tidak berjangkit (NCD).
Menyekat kebebasan bersuara pihak agama dalam bidang mereka
Adalah juga amat dikesali dengan kecaman yang dilontarkan kepada sebarang pendekatan agama dalam memotivasikan individu untuk meninggalkan tingkah laku berisiko ini. Sebarang nasihat yang menjunjung nilai moral masyarakat dibidas dan dikecam secara terbuka, seperti mana kes Malaysian AIDS Council (MAC) yang mengecam seorang agamawan di Hari Menyambut AIDS Sedunia pada 1 Disember lepas kerana dikatakan memberikan โkenyataan yang menghina dan berunsur kebencianโ. Ironinya, masyarakat umum tidak pula diberitahu apakah kandungan ucapan secara terperinci yang dicop sebagai ucapan berunsur kebencian tersebut.
Situasi ini ternyata merencatkan kebebasan bersuara dan kebebasan memberikan pandangan dan posisi agama oleh para agamawan dalam bidang mereka dalam perkara yang melibatkan HIV. Menyekat suara agamawan dan pandangan pro-kekeluargaan ini telah terdahulu ditempuh oleh jiran kita iaitu Singapura.
Terbaharu, kerajaan Singapura telah mengeluarkan homoseksualiti daripada senarai perilaku jenayah. Undang-undang ini menurut masyarakat beragama Kristian dan Islam memberi nilai untuk melindungi institusi keluarga, perkahwinan, kanak-kanak dan kebebasan. Pihak agama di sana dikekang oleh pihak minoriti yang tidak bertoleransi yang cuba untuk mengkucar-kacirkan masyarakat dalam segenap sudut โ perkahwinan, pendidikan, perniagaan, kepercayaan โ pada masa yang sama mereka yang tidak bersetuju dengan homoseksualiti akan digelar sebagai โpentaksub/bigotโ atau โpembenci/hatersโ.
Hal yang serupa sedang dialami oleh pendakwah dan insitusi keagamaan di Malaysia kini.
Fraterniti perubatan tidak boleh membenarkan ideologi yang menyerang institusi kekeluargaan berleluasa. Bukan sahaja ia memusnahkan struktur masyarakat, bahkan ianya juga bertentangan dengan data terkini dalam laporan UNAIDS yang menunjukkan peningkatan kes-kes baru HIV dikalangan pengamal homoseksualiti. Amat penting untuk kita tidak mencampur-adukkan keberkesanan mesej dengan siapa yang memberi mesej.
Abstinen dan kesetiaan kepada pasangan tidak boleh dinafikan oleh profesyen perubatan sebagai satu langkah pencegahan yang utama, yang juga turut diperakui oleh beberapa badan piawaian antarabangsa seperti Pusat Kawalan Penyakit (CDC) yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
WHO turut mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan yang dinamik merangkumi aspek fizikal, mental, spiritual, dan kesejahteraan sosial, dan bukan terhad hanya semata-mata kepada ketiadaan penyakit dan ketidakupayaan.
Adalah berlawanan dengan logik yang mana pengamal kesihatan menggalakkan perkembangan tingkah laku yang berisiko tinggi, bila mana kita sebenarnya perlu untuk menghentikannya. Sebagai contoh; amalan tidak sihat seperti merokok. Pihak CDC menganggarkan pada setiap hari terdapat lebih daripada 3,200 individu muda berumur kurang 18 tahun MULA menghisap rokok. Setiap hari, 2100 remaja dan belia yang merokok sesekali sesekala berubah menjadi perokok harian.
Mesej utama daripada CDC adalah jelas tanpa berselindung bahawa pencegahan dan pembanterasan amalan merokok adalah perlu dari sudut kesihatan. Walaupun kempen-kempen ini masih belum berjaya menghalang 1.2 juta perokok baharu, ia tidak sesekali menjadi alasan untuk berhenti menjalankan tanggungjawab profesional sebagai seorang pengamal perubatan untuk menghentikan tingkah laku tidak sihat ini.
Cara kempen yang sama juga sepatutnya terpakai dalam isu pemakanan, senaman dan seksualiti. Mengambil kesimpulan daripada contoh rokok, adakah dalam konteks masyarakat yang masih gagal untuk menghentikan tabiat mengambil makanan manis, maka doktor bolehlah berhenti dari menasihati masyarakat jangan mengambil gula berlebihan sebagai teras utama mesej pemakanan sihat? Sudah tentu ini ini sangat tidak wajar dan tidak ada satu alasan pun kenapa kita perlu berbeza dalam pengurusan masalah HIV yang terkait dengan perilaku berisiko tinggi seks anal dengan tingkah-laku berisiko tinggi yang lain.
Abstinen
Abstinen
Abstinen
โฆโฆadalah mesej utama yang sepatutnya kita ulang-ulang dan tekankan untuk mempromosi pencegahan HIV dalam kalangan MSM.
Ini adalah kenyataan bersama oleh;
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฟ ๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐ถ๐บ ๐ ๐ผ๐ธ๐ต๐๐ฎ๐ฟ
Profesor Gender dan Fisiologi Kardiovaskular
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฟ ๐ฆ๐ฎ๐บ๐๐๐น ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป
Profesor dan Perunding Pakar Perubatan Keluarga
Gender Dysphoria Flagship Leader, Kuliyyah Perubatan
Timbalan Pengarah Kampus, Pejabat Pengarah Kampus, Kuantan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฟ ๐๐ป๐ถ๐ ๐ฆ๐ฎ๐ณ๐๐ฟ๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐บ๐น๐ถ
Profesor dan Perunding Pakar Perubatan Keluarga
Timbalan Pengarah & Felo Utama I-PPerForM, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Atherosklerosis dan Pencegahan CVD
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฟ. ๐๐ฎ๐ฟ๐บ๐ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐ฒ๐ฑ ๐ฌ๐๐๐ผ๐ณ
Dekan Fakulti Perubatan
Profesor dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐๐ผ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ ๐๐ฟ ๐ฅ๐ผ๐๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ป๐ถ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ
Profesor Madya dan
Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Wanita dan Kesihatan Seksual
Universiti Sains Malaysia (USM)
Dan
Pengerusi Asia Oceana Federation for Sexology
๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐๐ผ๐ฟ ๐ ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ ๐๐ฟ. ๐๐ป๐ถ ๐๐บ๐ฒ๐น๐ถ๐ฎ ๐๐ฎ๐๐ผ ๐ญ๐ฎ๐ถ๐ป๐๐ฑ๐ฑ๐ถ๐ป
Profesor Madya Obstetrik dan Ginekologi
Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Ginekologi Remaja dengan Pengkhususan dalam Perkembangan Seks
Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Leave a Reply