LAGENDA bola sepak Kelantan, Mohd. Hashim Mustapha, 57, meninggal dunia pada pukul 10.25 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian hari ini.
Menantunya, Mohd. Nizab Ayub berkata, bapa mentuanya itu menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.
“Urusan pengkebumian akan dilakukan pada esok (Rabu),” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Pada Sabtu lalu, medi melaporkan bekas penyerang terbilang Kelantan yang merupakan legenda bola sepak negeri itu, Mohd Hashim terpaksa ditidurkan oleh doktor akibat masalah komplikasi kecing manis.
Perkhabaran itu dikongsikan oleh menantu kepada bekas penggempur berbisa Kelantan, Mohd. Nizab Ayub yang pernah bermain bersama The Red Warriors (TRW) sebelum ini.
Leave a Reply