[TIDAK RASMI] Rosol mendahului di Hulu Terengganu

CALON Perikatan Nasional (PN) sedang mendahului di kerusi Parlimen Hulu Terengganu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini.

Setakat pukul 8.30 malam, keputusan tidak rasmi menyaksikan Datuk Rosol Wahid memperoleh 7,056 undi mengatasi tiga pencabarnya.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozi Mamat memperoleh 5,614 undian, manakala Alias Ismail mewakili Pakatan Harapan (PH) peroleh 295 undi dan Mohd. Khadri Abdullah (Pejuang)  mendapat 31 undi.

Parlimen  Hulu Terengganu mempunyai 87,917 orang pengundi berdaftar.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Hulu Terengganu dimenangi Rosol yang bertanding atas tiket BN dengan majoriti 2,868, undi lapor SatuBerita.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *