TIMBALAN Presisen Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim meminta pihak yang mempunyai bukti beliau meluluskan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka berkata, tindakan itu lebih baik daripada membuat fitnah pada musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.
Jelanya, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak menyebut secara terus tetapi menyatakan ada pihak tertentu cuba menteri KASA untuk meluluskan projek tersebut.
“Pihak mana? Kalau ada pihak nak suruh desak mana pernah jumpa saya (untuk desak).
“Apabila Parlimen bubar, satu pekeliling akan dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi memperingatkan semua pihak agar pertama, tidak boleh bagi apa-apa komitmen kewangan.
“Kedua, tidak boleh menjanjikan projek yang melibatkan kewangan bagi tanggungan kerajaan akan datang. Dan yang ketiga, tak boleh buat mana-mana dasar dan polisi dalam tempoh ‘caretaker government’,” ujarnya di Ulu Cheka, Lipis.
Tuan Ibrahim turut menjelaskan, satu lagi projek menaiktaraf kolam tebatan banjir Krubong – Durian Tunggal untuk kerja-kerja secara tender terhad (atau selektif) adalah melalui proses tender biasa mengikut prosedur kewangan dan tidak ada isu yang timbul.
Tegas calon DUN Cheka itu, beliau tidak pernah campur tangan dalam sebarang tender bagi projek di kementerian tidak seperti waktu Pakatan Harapan (PH) memerintah negara dahulu.
Semalam media melaporkan Rafizi menggesa Tuan Ibrahim tampil memberi penjelasan berhubung status kelulusan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.
Leave a Reply