Takbir, selawat penyokong PN di Tambun dibalas kata-kata kesat penyokong PH

PERTANDINGAN merebut kerusi Parlimen Tambun, Perak dimulakan dengan insiden ‘panas’ pada hari penamaan calon hari ini apabila pertembungan berlaku antara penyokong Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Perarakan diketuai calon PN dan PH, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tegang sedikit apabila penyokong kedua-dua parti berhadapan dalam perjalanan menuju pusat penamaan calon (PPC) di Institut Latihan Perindustrian Ipoh, pagi tadi.

Kedua-dua kumpulan penyokong bagaimanapun dipisahkan sekatan polis.

Penyokong PN yang terdiri daripada ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas bergerak ke sambil melaungkan takbir dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Bagaimanapu, penyokong PH yang melaungkan reformasi bertindak agresif melakukan provokasi terhadap Ahmad Faizal tanpa menghormati selawat.

Sebaliknya mereka mengeluarkan kata-kata kesat tanpa ditegur Anwar yang juga Pengerusi PH dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kerusi Parlimen Tambun merupakan antara kerusi panas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) turut ditandingi calon Barisan Nasional (BN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Ahmad Faizal yang mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU-14 itu berdepan tentangan sengit Anwar yang berpindah dari Parlimen Port Dickson ke Parlimen Tambun.

Difahamkan provokasi turut dilakukan penyokong PH dan BN terhadap calon dan penyokong PN di kebanyakan kerusi Parlimen lain seluruh negara.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *