YANG Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju menarik balik Keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat kuasa hari ini.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Pulau Pinang, Datuk Mohd. Zakuan Zakaria berkata, Najib dikurniakan keahlian itu yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama pada 2009.
“Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap beliau atas beberapa pertuduhan.
“Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang DUPN yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan
berkuat kuasa pada 15 September 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pembatalan dan pemansuhan keahlian itu adalah selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011.
Leave a Reply