KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd membuktikan perjuangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini adalah benar dalam menegakkan kebenaran bagi menentang kemungkaran.
BERIKUT ADALAH KENYATAAN PENUH KETUA BADAN PIMPINAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU) JOHOR, DATUK DR. SAHRUDDIN HAJI JAMAL
- Mahkamah Persekutuan hari ini, mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Dato’ Sri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
- Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyanjung tinggi keputusan yang telah dibuat oleh panel lima hakim yang dipengerusikan YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara yang mencerminkan keadilan dan kebebasan Badan Kehakiman di negara ini.
- Penghargaan yang tidak terhingga dizahirkan kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin atas prinsip ‘berkata benar’ dan ‘nothing to hide’ dalam perjuangan sehingga beliau akhirnya dipecat daripada UMNO pada tahun 2016.
- Sejak dipecat daripada UMNO, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia ini telah menempuh pelbagai liku dan cabaran dalam perjalanan karier politiknya hanya kerana menegur skandal moral dan kewangan melibatkan Najib.
- Dengan berakhirnya perbicaraan rayuan akhir Najib di Mahkamah Persekutuan, telah membuktikan perjuangan YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin adalah benar dalam menegakkan kebenaran bagi menentang kemungkaran.’
- Sebuah perjuangan yang penuh dengan kesabaran telah dibuktikan kebenarannya dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia wajar berasa bangga dengan sosok pemimpin yang ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan tanah airnya.
- Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Johor merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin kerana telah mengambil langkah berani tanpa lelah membongkar skandal terburuk dalam negara selama ini.
- Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada hari ini akan menjadi sejarah dan terus terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia. Semua yang berlaku ini juga atas ketentuan Allah SWT dan kita perlu redha serta mengambil ibrah daripadanya.
- Perjuangan nilai-nilai moral dan integriti akan terus Parti Pribumi Bersatu Malaysia perjuangkan, kerana tiada siapa yang rela untuk membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin rakus yang menyalahgunakan kuasa.’
- Kepada seluruh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia, rapatkan saf dan yakinlah dengan perjuangan kita sekali gus terus bersemangat untuk berjuang serta memenangkan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal
Leave a Reply