MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan berlaku kejadian serpihan batu konkrit jejambat landasan pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) terjatuh ke khemah peniaga berdekatan Pasar Besar Meru, Klang, hari ini.
MPK menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
“Gerai peniaga yang terlibat telah diarahkan tutup serta-merta bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Pihak pengurusan LRT3 turut memberhentikan kerja secara serta-merta.
“Pemeriksaan mendapati serpihan konkrit itu terjatuh atas khemah di pasar tersebut. Pembinaan telah dihentikan dan pembersihan turut dilakukan di lokasi berkenaan. Peniaga juga telah diarahkan berpindah,” menurut hantaran itu.
— BERNAMA
Leave a Reply