pucuk pimpinan jalan

RoS lulus permohonan UMNO tangguh pemilihan

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)  bersetuju kepada pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti itu di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam  bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen .

Ketika memaklukan keputusan RoS itu, Setiasaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata, kelulusan ROS itu berkuat kuasa hari ini.

‘’Adalah dimaklumkan bahawa saya telah menerima surat daripada Pendaftar, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM/ROS) pada petang Jumaat 29 Julai 2022.

Sukacita dimaklumkan bahawa RoS telah meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO.  RoS juga meminta agar satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat),’’ katanya.

Beliau berkata, ia bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada 6 bulan selepas PRU-15 diadakan.

‘’Bagi pihak UMNO, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada RoS dan semua pihak yang terlibat dalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO,’’ katanya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *