Orang Melayu kembali sokong BN hanya momokkan – kata Pejuang

ORANG Melayu dimomokan dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor sebagai tanda orang Melayu telah kembali kepada parti itu.

Namun hakikatnya, tegas Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Marzuki Yahya  23 peratus undi BN pada PRN Johor sebenarnya adalah jumlah undi yang sama dimenangi oleh BN pada PRN Johor Ke-14 dengan hanya kurang satu peratus pertambahan undi.

Beliau berkata dengan jumlah 379,886 undi, UMNO hanya mampu mengekal 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun dengan jumlah undi yang lebih kurang sama, UMNO telah menguasai dua pertiga kerusi DUN Johor.

“Nyatanya, jumlah ini sebenarnya tidak mewakili keseluruhan sokongan orang Melayu pada satu parti tertentu. Walau bagaimana pun sesuatu yang harus diperakui, 45 peratus pengundi yang tidak keluar mengundi juga memberi indikasi bahawa parti pembangkang sama ada berbangsa berbilang-kaum atau cuba mengetengahkan alternatif kepada orang Melayu; masih tidak dapat diterima naratif atau tawaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada persidangan meja bulat Penjenamaan Semula Naratif Politik Melayu, di Kuala Lumpur, semalam.

Marzuki turut menegaskan, sebahagian rakyat termasuk orang Melayu mengalami defisit kepercayaan kepada politik.

‘’Manakala 13 peratus orang Melayu pula mencari alternatif kepada parti Melayu dan memilih Perikatan Nasional (PN),’’ katanya.

Mengenai DAP, beliau berkata, orang Melayu secara umumnya kekal tidak boleh menerima politik dan ideologi yang dibawa DAP/

‘’Ini dapat dilihat pada PRN Johor sebelum ini apabila undi Melayu kepada PKR mengalamai kemerosotan. Orang Melayu secara umumnya, kekal tidak boleh menerima parti DAP, politik dan idealogi mereka.

“Penolakan ini juga kelihatan lebih jelas dalam PRN Johor kepada PKR apabila sokongan Melayu kepada PKR jatuh dari 27 peratus kepada 9 peratus,’’ katanya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *