IDENTITI mangsa kes bunuh yang dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di Kelana Jaya, Petaling Jaya, pada 12 Julai lalu, masih lagi dalam proses kenal pasti.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, setakat ini masih belum ada individu tampil bagi bagi mengenal pasti identiti mangsa yang dipercayai warga asing itu.
“Siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Berdasarkan hasil siasatan mendapati, kedua-dua suspek terbabit mengenali mangsa menerusi satu aplikasi gay dalam media sosial.
“Mangsa dipercayai sudah beberapa kali datang bertemu kedua suspek di lokasi kejadian yang juga rumah suspek,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Petaling Jaya, Petaling Jaya, hari ini.
Mangsa katanya, dipercayai meninggal dunia sehari sebelum mayatnya dijumpai oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan dalam keadaan bogel.
Sebelum ini, polis menahan dua lelaki tempatan berumur 40-an yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan seorang individu di sebuah kondominium di Kelana Jaya di sini pada 12 Julai lalu.
Leave a Reply