Seorang lelaki yang dirakam memukul isterinya pada majlis perkahwinan mereka telah didakwa dan mungkin akan dipenjara 15 hari.
Pengantin lelaki tersebut mencetus kemarahan dalam media sosial selepas satu video dia memukul isterinya kerana kalah permainan tular.
Video tersebut juga mendapat perhatian anak Presiden Uzbekistan, Saida Mirziyoyeva dan akhirnya mendorong polis bertindak.
Si suami yang tidak dinamakan telah didakwa atas kesalahan ‘hooliganism’ namun hanya akan dipenjara selama 15 hari sahaja jika didapati bersalah.
Selepas kejadian tersebut, lelaki itu dikatakan meminta maaf kepada pengantinnya dan menyesal ke atas tindakan tersebut.
“Pada hari yang sama, pasangan tersebut berbaik semula dan kini duduk sebumbung,” kata majlis perundangan di Uzbekistan.
Selepas video kejadian itu tular, Saida menggesakan orang ramai untuk menyuarakan masalah keganasan ke atas wanita.
“Kami tidak sepatutnya berdiam tentang masalah ini, kami tidak boleh berpura-pura masalah ini adalah masalah yang hanya berlaku sekali sekala,” kata beliau.
Leave a Reply