SEORANG lelaki warga Afrika ditangkap selepas cuba menyeludup 600 gram dadah dalam beg pakaian.
Berikutan itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda sebanyak Dh50,000 (RM59,677). Dia juga akan dihantar pulang ke Afrika selepas tempoh penjaranya selesai.
Pada November 2021, pegawai kastam di Lapangan Terbang Dubai menemukan tiga bungkusan yang disyaki mengandungi dadah dalam beg lelaki itu.
Ketika soal siasat, penumpang tersebut menafikan terdapat barang terlarang di dalam begnya, namun selepas diimbas, terdapat ketebalan luar biasa pada beg tersebut.
Seorang pegawai pemeriksa mendapati ada 3 bungkusan dadah yang disyaki ganja.
Bahan yang dirampas dihantar ke makmal manakala warga Afrika tersebut diserah kepada pihak berkuasa.
Lelaki itu mendakwa, dia menerima beg itu daripada teman wanitanya yang turut melancong bersama dan menyuruh dia mendaftar bagasi tersebut dibawah namanya.
Mahkamah menegaskan kenyataan itu tidak masuk akal
Leave a Reply