RAFIZI Ramli hampir pasti terpilih sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu selepas mendahului dengan kelebihan 10,839 undi daripada pencabarnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Sehingga pukul 9 malam ini, Rafizi mendahului di tujuh negeri selepas meraih 51,378 undi, mengatasi pesaingnya Saifuddin Nasution Ismail dengan kelebihan 10,839 undi.
Data terkini proses pengiraan undi menunjukkan , Rafizi dilihat menguasai Selangor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Sehingga kini, Saifuddin hanya mendahului saingannya itu di Sabah sahaja. Saifuddin ketika ini meraih 40,539 daripada lapan negeri berkenaan.
Rafizi juga dilaporkan menguasai Perak dan Wilayah Persekutuan. Kejayaan Rafizi di Selangor dianggap signifikan kerana negeri itu dan Sabah mempunyai keahlian tertinggi.
Di Selangor mengumpul 25,449 undi, manakala Saifuddin 22,101 undi, manakala di Sabah bekas ahli Parlimen Pandan itu mendapat 7,167 undi, dengan Saifuddin mengumpul 7,957 undi iaitu kelebihan 790 undi.
Di Kedah, Rafizi mendapat 4,761 undi manakala Saifuddin 2,724 undi. Di Kelantan, Rafizi (3,222 undi), Saifuddin (2,132 undi). Di Melaka, Rafizi (2,427 undi), Negeri Sembilan (5,522 undi). Di Johor, beliau memperoleh 3,967 undi manakala di Pahang 1,863 undi.
Berdasarkan kedudukan semasa, Rafizi dijangka mencapai kemenangan selesa untuk menduduki kerusi nombor 2 PKR itu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Presiden, Aktivis mahasiswa Adam Adli mendahului selepas memperoleh 7,545 undi di empat negeri berbanding pencabarnya iaitu
Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Fahmi Zainol yang mendapat 7,001 undi.
Leave a Reply