RAKYAT Malaysia, Noorizlin Farahin Ayob, 24, yang dilaporkan hilang di Korea Selatan semalam sudah ditemui.
Perkara itu dimaklumkan oleh seorang individu dikenali sebagai Ling Ling, yang sebelum ini berkongsi maklumat mengenai kehilangan Noorizlin.
“Alhamdulillah, dah jumpa tapi minta maaf, saya hanya boleh beritahu Noorizlin sudah ditemui kerana kes kehilangannya rumit sedikit.
“Saya tidak dapat nak cakap lebih banyak lagi, minta maaf ya,” katanya lapor Sinar Harian.
Semalam, Sinar Harian melaporkan berkaitan kehilangan Noorizlin Farahin.
Leave a Reply