Seramai 13 orang dimasukkan ke hospital akibat ditembak dalam kejadian di stesen kereta api bawah tanah Brooklyn, hari ini.
Siasatan awal menunjukkan kemungkinan peranti asap diletupkan di stesen itu namun polis New York berkata, tiada alat letupan aktif pada masa ini.
Kejadian dikatakan berlaku pukul 8.30 pagi apabila Jabatan Bomba New York bergegas berikutan terdapat laporan kepulan asap di kawasan kejiranan Sunset Park Brooklyn.
Sumber memberitahu lima orang ditembak. Laporan awal polis menyatakan, seorang penjenayah lelaki berkemungkinan memakai topeng gas dan jaket pembinaan berwarna jingga melarikan diri dari tempat kejadian.
Berikutan itu polis menghalang orang ramai melalui kawasan 36th Street dan 4th Avenue di Brooklyn.
Jurucakap Fabien Levy, berkata kejadian itu sudah dimaklumkan kepada Datuk Bandar New York, Eric Adams.
“Ketika kami mengumpulkan lebih banyak maklumat, kami meminta warga New York menjauhi kawasan itu demi keselamatan dan supaya responden pertama dapat membantu mereka yang memerlukan dan menyiasat,” kata Levy di Twitter.
Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan, yang mengendalikan kereta api bawah tanah, berkata mereka juga sedang menyiasat kejadian itu dan kereta api D, N dan R berada di kedua-dua arah di Brooklyn.
Leave a Reply