Tiada pertemuan susulan Tun Mahathir – Muhyiddin

TIADA sebarang perbincangan susulan selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pembentukan kerjasama baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata pertemuan itu pada awalnya diusahakan oleh Ketua PEJUANG Johor, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

“Yang terdahulu berjumpa (Tan Sri) Muhyiddin ialah (Datuk Dr) Shahruddin. Pada pertemuan itu, Tan Sri (Muhyiddin) bertanya jika beliau boleh berjumpa dengan Tun (Dr Mahathir) di rumah Tun,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Pertemuan Dr Mahathir dengan Muhyiddin diadakan dua minggu lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Semalam, Muhyiddin menjelaskan beliau mengambil inisiatif bertemu dengan pimpinan utama parti politik dalam kerajaan dan pembangkang bagi merintis hubungan kerjasama dalam PRU-15.

Katanya, selepas PRN Johor bulan lalu, beliau didatangi beberapa pemimpin parti politik yang menyuarakan pandangan supaya parti selain Barisan Nasional (BN) merintis satu bentuk kerjasama politik bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam PRU-15.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *