BARISAN Nasional (BN) mendakwa MIC menang semua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah berkata, MIC secara tidak rasmi menang di DUN Kemelah, Kahang, Tenggaroh dan Bukit Batu.
“Saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pengundi di Johor. Trend perubahan terbukti secara jelas pada PRN Johor, sekali gus membuktikan penduduk negeri ini telah bosan dengan pembangkang.
“Saya yakin selepas ini Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad akan melakukan yang terbaik untuk semua kaum di negeri ini,” katanya memetika laporan Berita Harian, malam ini.
Murugiah berkata, kemenangan MIC di PRN Johor akan menterjemahkan kemampuan parti itu menawan kembali kepercayaan pengundi, khususnya dalam kalangan kaum India pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Leave a Reply